Genap sebulan bersalin, Dayana Roza kongsi nama putera sulung
Keluarga
Februari 4, 2024 11:38 MYT
Februari 4, 2024 11:38 MYT
GENAP sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu, pelakon Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbaharunya.
Menerusi akaun Instagramnya, Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D, berkongsi pilihan namanya dan suami buat putera sulung mereka.
Gabungan nama klasik dan moden. Begitu kata wargamaya mengenai pemilihan nama anak Dayana, Aryan Andika.
“Born on 30th December 2023 at 1.56am, weighing 3.02kg ( 37 weeks ), emergency c-section (EMLSCS for acute fetal distress),” tulisnya berkongsi.
Melalui hantaran yang sama, Dayana turut berkongsi beberapa keping gambar terbaharu bayinya dalam satu sesi fotografi, tetapi tidak berkongsi wajah comel Aryan Andika.
Menurut Dayana, detik kelahiran anak keduanya itu menjadi pengalaman paling berharga, malah kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan Aryan akan diingatinya sampai bila-bila.
“Mama akan ingat sampai bila-bila rasa sakit sebelum dan selepas lahirkan @aaryanandika.
"Satu pengalaman yang mama takkan lupa sampai mati. Jauh beza dengan masa lahirkan @astridraheeya dulu tapi mama bersyukur Aryan sihat & selamat.
“Semoga Aryan Andika menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mendengar kata, bijak, disenangi ramai & menjadi pelindung mama & astrid.
“Mama, Baba & Astrid loves you so much Adik Aryan.
"Dengan ini mama isytiharkan kilang ditutup. Sekian, terima kasih,” katanya.
Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2. -Keluarga