Gegar cari penyampai radio baharu untuk pikat pendengar

Muhafandi Muhamad
Februari 3, 2018 22:08 MYT
Pencarian penyampai baru THR Gegar bermula dari 11 hingga 28 Februari ini.
THR Gegar atau kini dikenali Gegar Alaf 2018 membuka peluang penyampai yang berbakat dari pantai timur untuk menjadi penyampai di stesen radio berkenaan.
Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, pihaknya membuka peluang mereka yang berbakat khususnya dari Kelantan menampilkan bakat sebagai penyampai yang kreatif.
Katanya ramai bakat dari pantai timur yang sering kali membuat parodi atau ”LIVE FB" berjaya menarik perhatian dengan identiti mereka tersendiri.
"Bermula minggu depan kita dah buka permohonan geng baru, Gegar nak cari penyampai baru sepenuh masa. Cumanya kita akan bagi masa, kita akan pilih 30 terbaik datang ke KL buat temuduga dan kita akan ambil lima terbaik dan mereka akan teruskan buat apa yang penyampai buat. Kita nak muka baru dan pembaharuan dalam Gegar", kata Raja Nadia.
Melalui hashtag #GENGTHRGEGAR# , jelajah mencari bakat baru ini akan bermula dari 11 hingga 28 Februari depan dengan Kelantan menjadi lokasi pertama untuk program ini.
Majlis pelancaran Gegar 2018 mencari bakat baru berlangsung di di G Orange Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu dihadiri beberapa artis dari pantai timur, antaranya Eddie Hamid, Roy Kapila, Z.Zamri, serta artis parodi Along atau Mok Yan.
#Astro Radio #Gegar Alaf 2018 #penyampai baru #radio kelantan #radio pahang #Radio terbaik pantai timur #radio terengganu #Raja Nadia Salwana #THR Gegar