Gaya hijab pasu bunga Melly Goeslaw dikritik
Gempak
Mei 14, 2015 16:51 MYT
Mei 14, 2015 16:51 MYT
Penyanyi dari seberang Melly Goeslaw dikritik peminat selepas memuat naik fotonya memakai hijab dengan gaya yang pelik.
Foto tersebut yang dimuat naik pada Rabu malam menerusi akaun Instagramnya itu dilabelkan peminat sebagai fesyen hijab pasu bunga kerana ia seakan-akan menyerupai rupa bentuk pasu bunga.
Sehingga kini foto itu masih lagi menjadi bualan hangat yang dibincangkan oleh peminat Melly menerusi ruangan komen di IGnya.
Malah ada juga yang berdebat dan berfikiran positif dengan mengatakan fesyen itu hanyalah dipakai Melly untuk sesi fotografi sahaja.
Hingga ke hari ini, rata-rata peminatnya masih terkejut dan tidak faham mengapa Melly bertindak untuk memakai hijab dengan fesyen tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini Melly masih lagi belum memberikan respon terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya.