Gaun nasi lemak Miss Universe, pemuda ini tampil idea lebih 'bernyawa'!
Gempak
November 2, 2017 22:00 MYT
November 2, 2017 22:00 MYT
SELEPAS ‘gaun nasi lemak daun pisang’ dipakai peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James menjadi viral, seorang pemuda dikenali sebagai Riezal Mustafa telah tampil dengan rekaan yang lebih ‘brilliant’!
Riezal menerusi perkongsiannya di Facebook, telah ‘menaik taraf’ rekaan Brian Khoo itu menjadi lebih menarik apabila menambah elemen plastik dan kertas pembungkus pada gaun tersebut.
Menariknya, ilustrasi yang dilukis Riezal nampak lebih ‘bernyawa’ dan hidup apabila gaun tersebut kelihatan lebih kembang apabila ditambah elemen plastik dan kertas pembungkus.
‘Rekaan’ Riezal turut mendapat pujian pengikut FBnya yang rata-rata memuji gaun tersebut tampak lebih cantik dan ‘extravaganza’.
Untuk pengetahuan semua, Riezal Mustafa atau Just Riezal merupakan seorang pereka kreatif dan grafik yang jika anda jenguk ke akaun sosial Instagram miliknya iaitu @justriezal atau @floffartlove, comfirm anda akan jatuh cinta dengan semua hasil seni yang dihasilkannya!
Terdahulu, Samantha dan Brian dikecam hebat oleh netizen kerana busana tersebut namun masing-masing mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif.
Malah kedua-dua mereka menghargai semua maklum balas yang diberi netizen di media sosial.
Brian turut yakin rekaan yang diilhamkan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia itu akan mengharumkan nama negara di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini.
Sumber: Facebook Riezal Mustafa