Gara-gara 'live' dengan Ira Kazar, isteri Azlan Komeng terima ugutan bunuh

Gempak
Oktober 4, 2023 12:34 MYT
Nilam turut menafikan dakwaan mengatakan dia seperti mempertahankan dan menyokong Ira Kazar (tengah). -Gempak
ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan dia dan suaminya sudah membuat laporan polis terhadap pihak yang menghantar ugutan kepadanya pada malam Isnin.
Menerusi video di TikTok, Nilam memberitahu dia menerima pelbagai ugutan termasuklah bunuh disebabkan membuat siaran langsung bersama isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar baru-baru itu.
“Aku dan abang Lan baru balik dari balai polis buat laporan polis la.
"Laporan polis ini sebab rentetan live aku dengan Ira Kazar malam itu. Aku ada menerima beberapa DM ugutan ke atas aku.
“Ugutan bunuh, ugutan langgar lori, ugutan simbah asid… jadi abang Lan ini risau keselamatan aku. Jadi dia buat keputusan laporan polis,” kata Nilam.
Tidak pernah mencampuri urusan orang lain, Nilam turut menjelaskan kehadiran Ira ke rumahnya pada malam mereka membuat siaran langsung itu hanya untuk belajar masak sahaja.
“Ira datang ke rumah aku pukul 9 malam, atas sebab dia nak belajar masakan Thailand dengan aku sebab dia pernah rasa masakan aku. Sebagai tuan rumah, aku menyantuni dia yang datang sebagai tetamu.
“Selesai saja habis masakan, dia banyak bercakap dengan abang Lan berkenaan isu semasa tetapi bukan mengenai isu dia dengan suami atau bekas madu… tidak pernah ada isu.
“Nanti kang ada yang cakap aku back up. Sebagai tuan rumah, aku menyantuni dia dan tak masuk campur dan tak berminat pun dengan join sekali dia bercakap dengan abang Lan.
"Aku tak suka campur bukan hal aku,” ujarnya.
Nilam turut menafikan dakwaan mengatakan dia seperti mempertahankan dan menyokong Ira Kazar yang sebelum ini didakwa menjadi penyondol rumah tangga Syamsul dan bekas isteri, aktres Puteri Sarah Liyana.
“Orang cakap aku back up dia. Malam itu, total view aku adalah 79,000… semua orang dalam live tu tau aku tak back up dia tapi hentam depan-depan.
"Aku cakap depan dia ‘inilah dik kifarah kau, bila kau buat salah, inilah dia’.
“Ini bukan kali pertama yang aku hentam dia, mungkin kali pertama korang dengar aku hentam di live.
"Aku cakap dekat dia dan Ira tahu aku tidak suka kesalahan dia menyondol orang itu. Aku cakap depan-depan.
“Aku tak cakap belakang bisik-bisik dengan orang. ‘Kenapa kau ambil laki orang, kenapa kau berminat dengan laki orang, kenapa tak ada orang lain ke’.
"Dia tak pernah menyahut A atau B atau C atau kurang ajar dengan aku.
“Sebab dia menghormati aku sebagai isteri Azlan Komeng. Cukup… takkan la aku nak pergi bunuh dia dik, takkan aku nak tampar dia dik, marah dia dik… adakah itu aku back up dia?
"Malam itu pun ramai yang dengar apa aku cakap dekat dia,” ujarnya.
Terdahulu, Ira menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama Nilam menegaskan dia tidak pernah mewujudkan akaun palsu seperti yang didakwa segelintir pihak. -Gempak
#Ira Kazar #Nur Nilam Ortiz #Azlan Komeng #ugutan bunuh
;