Gara-gara Jin BTS, Brad Pitt jadi trending
Asyraf Roslan
Januari 28, 2020 16:40 MYT
Januari 28, 2020 16:40 MYT
Adakah kita akan menyaksikan sebuah filem aksi diantara Seok Jin dan juga Brad Pitt? sama-sama kita nantikan - Gambar Instagram
KAMU teringin berkolaborasi bersama siapa?
"Brad Pitt."
Itu adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh ahli kumpulan BTS, Seok Jin ketika muncul dalam satu temubual bersama kumpulannya di sebuah rancangan di Korea.
Dan sudah pasti, nama pelakon terkenal Hollywood itu terus menjadi sebutan peminat-peminat BTS di laman sosial.
Peminat-peminat BTS terutamanya peminat Jin sangat teruja sehingga menjangkakan Jin bakal memenangi Anugerah Oscar.
Ini antara reaksi peminat-peminat Jin.
Untuk rekod, BTS pernah berkolaborasi bersama beberapa penyanyi popular Amerika seperti Nicky Minaj, Halsey, Lauv dan terbaharu membuat persembahan bersama Lil Nas X di Anugerah Grammy pada Isnin.
Adakah kolaborasi ini bakal menjadi kenyataan? Buat peminat BTS, sama-sama kita nantikan.