Gara-gara gout Ahmad Dhani derita dalam penjara
Agensi
Mac 25, 2019 11:29 MYT
Mac 25, 2019 11:29 MYT
KERANA penyakit gout kembali menyerang, artis terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sukar berjalan dan dilaporkan sedang menderita dalam penjara.
Menurut laporan media Indonesia, kesukaran yang sedang dihadapi pengasas kumpulan Dewa 19 itu disahkan oleh peguamnya, Sahid.
Sahid berkata, anak guamnya menyuarakan kesakitan yang dihadapinya dan meminta keizinan penjara untuk membolehkannya menerima rawatan di hospital.
"Dia (Dhani) sakit sejak Khamis lalu. Dhani bagaimanapun diberikan rawatan awal oleh doktor di penjara.
"Pada masa ini, Dhani masih dirawat dan jika masih tidak sembuh, kami akan meminta pertimbangan pihak penjara untuk membenarkan Dhani dihantar ke hsopital," katanya lagi.