Gara-gara diraba, Taylor Swift hanya minta 1 dolar

Gempak
Ogos 11, 2017 16:00 MYT
Swift berharap apa yang berlaku ini patut diambil iktibar bahawa jenayah gangguan seksual tidak dapat diganti dengan wang ringgit kerana ia soal maruah.
PENYANYI Taylor Swift dilaporkan hanya meminta AS$1(RM4) daripada deejay bernama David Mueller sebagai ganti rugi kerana meraba punggungnya, empat tahun lalu.
Menurut jurucakap Taylor Swift iaitu J. Doug, apa yang berlaku ini patut diambil iktibar bahawa jenayah gangguan seksual tidak dapat diganti dengan wang ringgit kerana ia soal maruah.
"Meraba bahagian belakang wanita adalah satu bentuk serangan, dan ia tetap satu kesalahan.
"Setiap wanita baik kaya, miskin, terkenal, atau tidak, berhak untuk tidak mendapat perlakuan tidak menyenangkan seperti itu. Itu pesan yang ingin disampaikan Taylor Swift," tegasnya.
BACA: Taylor Swift dedahkan bagaimana 'punggungnya diraba' penyampai radio
BACA: Dah gila ke apa? Taylor Swift sanggup sembunyi dalam bagasi
Taylor Swift kini menghadapi proses persidangan mahkamah atas serangan jenayah seksual David Mueller.
Taylor mengaku bahwa David menyentuh bahagian punggungnya ketika bergambar bersama semasa Konsert Red Tour 2013.
Kejadian memalukan itu mulai heboh setelah David Mueller menyalahkan Taylor Swift atas tuduhan mencemarkan nama baik sehingga dia dipecat dari pekerjaannya.
Namun sebulan kemudian Taylor Swift membuat laporan atas tuduhan gangguan seksual.
Menurut elle.com dalam tuntutannya David meminta ganti rugi sebanyak USD$3 juta (RM12 juta) kerana Taylor Swift telah mencemar nama baiknya.
Sumber: Elle
#AS #kena raba #Taylor Swift
;