Gara-gara apam balik, suami Siti Saleha naik hantu ketika bufet Ramadan?

Gempak
Mei 26, 2019 06:47 MYT
Kejadian itu disifatkan segelintir netizen telah mencalarkan reputasi Siti Saleha yang selama ini bersih daripada gosip.
SUAMI kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi didakwa berang dengan tindakan tukang masak di sebuah restoran yang memberikan juadah apam balik kepada tetamu yang memotong barisan.
Menerusi sebuah forum gosip popular, Lutfi dikatakan mengamuk sejurus insiden terbabit hingga mengherdik tukang masak terbabit di hadapan orang ramai.
"Saya baru saksikan Ahmad Lutfi tunjuk lagak kat pekerja stall bufet buka puasa tadi.
"Alasannya kerana teringin sangat nak apam balik, jadi apabila ada seorang tu potong line dia terus naik angin kat tukang buat apam balik tu pula.
"Siap heret floor manager, hentak pinggan dan herdik tukang buat apam balik itu depan orang ramai.
"Tak pasti apa yang dia expect apabila attend public buffet yang open kepada beratus-ratus customer ni. Siap mention floor manager yang 'diorang tu artis' jadi patut pekerja tu aware.
"This guy seriously need some anger management issue," tulis pengguna yang merahsiakan identitinya itu.
Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 8 malam dan hidangan itu kebarangkalian menjadi juadah pertama Lufti berbuka puasa.
"Ke Saleha tengah mengandung ni? Tu yang laki dia hormonal lain macam sikit," tambah pengguna itu lagi.
Kejadian itu disifatkan segelintir netizen telah mencalarkan reputasi Siti Saleha yang selama ini bersih daripada gosip.
Bagaimanapun, ada juga yang memahami situasi Lutfi apabila berlaku situasi sedemikian dalam keadaan yang tenang seperti mengejar waktu berbuka puasa.
Semoga perselisihan faham ini diselesaikan dengan cara baik.
#Ahmad Lutfi #apam balik #berang #pelakon #puasa #Ramadan #Siti Saleha #tukang masak
;