Gangnam kaut $8 juta daripada YouTube

AFP RELAXNEWS
Januari 24, 2013 12:20 MYT
Google berkata bahawa laman YouTube yang mempamerkan video "Gangnam Style" oleh penyanyi rap Korea Selatan PSY telah meraih lebih daripada $8 juta dalam hasil iklan.
Ketua Pegawai Perniagaan Google Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi keuntungan YouTube semasa panggilan suku tahunan dengan penganalisis kewangan.
Pendapatan iklan dari video YouTube popular tersebut akan dikongsi dengan pencipta kandungan itu.
Pada bulan Disember, "Gangnam Style" menjadi video pertama memecahkan satu bilion tontonan di YouTube dan menjadi satu peristiwa bersejarah di Internet.
Laman YouTube menunjukkan bahawa video muzik telah ditonton lebih daripada 1,230,000,000 kali sejak ia dimuat naik pada bulan Julai tahun lepas.
Kevin Allocca, pengurus trend YouTube, punca kejayaan PSY adalah "tarikan muzik yang menarik selain pergerakan tarian kuda yang unik”.
Penyanyi "Gangnam" dianggarkan telah memperoleh keuntungan yang mencecah jutaan ringgit daripada muat turun digital, tawaran pengiklanan dan perkhidmatan “on demand”.
Lagu itu merujuk kepada daerah Seoul yang moden. Selain itu, ia turut melahirkan penghormatan melalui video rakaman yang ditiru semula menerusi Youtube.
Bintang yang bernama Park Jae-Sang telah dianugerahkan satu penghormatan tertinggi di Korea Selatan budaya.
#Gangnam Style #Google #Park Jae-Sang #PSY #YouTube
;