Game of Thrones: "Bila Ratu Naga mengamuk, terbakar seluruh alam"
Dania Zainuddin
Mei 15, 2019 10:40 MYT
Mei 15, 2019 10:40 MYT
SELEPAS hampir sembilan tahun usia siri kegemaran ramai ini, tayangan siri fantasi Game Of Thrones (GoT) bakal menemui penghujungnya pada minggu depan.
Namun jika anda tidak pernah mengikuti siri ini dan mahu turut serta dalam 'kegilaan' yang melanda peminat GoT, kami galakkan anda mula sekarang.
Tempoh kurang seminggu untuk menonton lapan musim mungkin agak sukar, jadi kami mencadangkan anda tonton musim pertama dan musim ke-lapan dan apabila anda ada masa lapang, tonton musim-musim yang lain untuk mengetahui dengan lebih mendalam drama dunia Westeros.
Jadi sekarang, siapa sudah tonton episod ke-5 GoT 'The Bells'?
Amaran - Artikel ini Ini ada 'spoiler'.
Episod terbaharu yang ditayangkan Isnin lalu, memberikan pelbagai emosi kepada peminat: kecewa, tidak puas hati dan keliru.
Sepanjang tayangan selama 74 minit itu menyaksikan pertempuran hebat di King's Landing lokasi yang menjadi rebutan kekuasaan yang bermandikan api oleh seekor naga, milik 'Ratu Naga', Danaerys Targaryen.
Ramai peminat tidak berpuas hati, ramai mahukan jalan cerita yang lain. Apa antara komen peminat GoT?
Kematian Cersei Lannister
Queen Cersei (Lena Headey) adalah watak wanita yang paling kejam dalam siri GoT. Dia terbunuh kerana 'dihempap siling' bersama abang kembarnya Jaime Lannister (Nikolaj Coster-Waldau). Ini tidak memberi kepuasan kepada peminat yang merasakan Cersei memerlukan pembunuhan yang lebih memberi impak dan tidak mudah dilupakan.
Daenerys Menggila!
Ketika pertempuran berlaku, tentera Lannister membuat keputusan mencampakkan pedang masing-masing sebagai tanda menyerah diri. Sementara kedengaran jeritan rakyat King's Landing yang meminta loceng dibunyi bagi serangan dihentikan. Daenerys Targaryen (Emilia Clarke) sebaliknya berdegil dan bertindak untuk membakar seluruh bandar itu dan membunuh kesemua penghuninya tanpa belas kasihan.
Arya tarik diri?
Arya Stark (Maisie Williams) yang dipuji sebagai wira pada episod kedua musim ini kerana berjaya membunuh hantu jahat The Night King menjadi harapan peminat untuk membunuh Queen Cersei. Namun, selepas membuat perjalanan ke King's Landing besama Sandor Clegane 'the Hound' (Rory McCann) dan tiba di Red's Keep (dimana Cersei berada), Arya berpatah balik (atas nasihat Clegane untuk menyelamatkan diri). Ini mengecewakan ramai yang mengharapkan Arya dapat membalas dendam pembunuhan bapanya (Ned Stark yang dipancung) sebelum ini.
'You know nothing, Jon Snow'
Ini merupakan ungkapan popular bekas kekasih Jon Snow, Ygritte. Jon Snow yang terkenal sebagai seorang yang amanah, berpendirian teguh dan membuat keputusan secara adil. Pada episod kali ini dia menerima tamparan hebat apabila Daenerys bertindak untuk menggila, dan tentera milik Daeny mula menyerang walaupun pihak lawan sudah menyerah diri. Kini persoalan yang timbul: Apa tindakan seterusnya oleh Jon Snow? Adakah dia akan masih setia kepada Daeny?
Apa yang pasti, ramai peminat tidak sabar, menanti tayangan episod terakhir yang diharap dapat merungkai pelbagai persoalan dan memberi penutupan kepada dunia fantasi di Westeros.
Jangan lupa saksikan episod terakhir, pada 20 Mei, jam 9 pagi secara eksklusif di HBO saluran 411 dan 431 (HD).
Semua episod siri ini juga boleh distrim tanpa potongan di Astro On Demand menerusi hubungan PVR dan juga Astro GO.
Tiada Astro? Langgani Games of Thrones Pass di NJOI NOW dengan maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi www.astro.com.my/hbogameofthrones
#Cersei
#Daenerys
#dragon
#Game of Thrones
#George R R Martin
#HBO
#Jon Snow
#Lannister
#Targaryen
#Westeros