'Gambar x-ray tu orang lain punya' - Doktor perjelas khasiat sebenar 'bubble tea'

Gempak
Jun 17, 2019 22:30 MYT
Kajian menunjukkan Kanji Topioca ini boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak untuk melembutkan najis. - Gambar hiasan
Baru-baru ini, tular satu insiden yang menimpa seorang remaja berusia 14 tahun di China yang mengalami sembelit disebabkan bubble tea.
Malah ujian pemeriksaan x-ray pada badan remaja berkenaan turut didedahkan.
Perkara itu sekali gus membuatkan ramai peminat minuman itu cemas dan bimbang akan kesan pengambilan berlebihan.
Namun berdasarkan penjelasan dibuat oleh seorang pegawai perubatan yang berkhidmat di klinik kesihatan serta pengasas The Diagnosa dan Root of Science, Dr. Latif Saad, perkara itu sebenarnya adalah mustahil.
Menurut Dr. Latif, sebelum masuk ke dalam usus, bubble tea tersebut terlebih dahulu akan dihancurkan dan dicernakan di dalam perut.
BACA: Peminat bubble tea ada masalah keyakinan diri? Ini dakwa pakar Jepun
Malah menurutnya, kebanyakkan daripada kita akan mengunyah bubble tea tersebut sebelum ditelan.
"Gambar tersebut adalah x-ray orang lain. Cuba lihat di dalam x-ray tersebut juga mempunyai tahi yang berbentuk bulat-bulat walaupun pesakit ini tidak mengambil bubble tea.
"Adakah sembelit ini disebabkan bubble tea yang diambil? Kemungkinan besar adalah tidak. Ini disebabkan kebanyakkan daripada bubble tea adalah dibuat daripada Kanji Topioca yang dihasilkan daripada akar pokok Cassava.
"Malah kajian menunjukkan Kanji Topioca ini boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak untuk melembutkan najis," katanya.
Tambahnya, mungkin terdapat punca lain yang menyebabkan remaja tersebut mengalami masalah ini.
“Apapun perlulah bersederhana kerana terlebih makan, ia mungkin menyebabkan anda akan menghadapi penyakit nanti," katanya.
#bersederhana #bubble tea #China #Doktor #Kajian #Kanji Topioca #Klinik kesihatan #Latif Saad #pegawai perubatan #pencernaan #remaja #x-ray
;