Gambar terakhir Afdlin Shauki bersama arwah Harun Salim Bachik
Astro Publication
Mac 8, 2015 18:13 MYT
Mac 8, 2015 18:13 MYT
Hari ini sungguh memilukan. Setelah berita genap setahun pemergian MH370, kini dunia hiburan digemparkan dengan pemergian sebutir bintang yang menyemarakkan dunia lakonan komedi di Malaysia. Harun Salim Bachik dikhabarkan kembali ke ramatullah hari ini menerusi akaun Instagram sahabat perjuangannya Afdlin Shauki
Sama-sama kini sedekahkan Alfatihah semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Berikut ialah petikan caption daripada Afdlin Shauki:
"Gambar terakhir saya dan arwah Jumaat lepas. Hari ni dia dah tiada... Innalillah wainna ilaihi rojiuun. Al fatehah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.
آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. "