Gagak, burung yang paling disalah anggap di dunia

Afiezy Azaman
Oktober 11, 2020 13:37 MYT
Burung gagak adalah burung yang paling disalah anggap di dunia dan sebenarnya ia adalah daripada kalangan spesis haiwan yang pintar.
BURUNG gagak seringkali disalah erti sebagai haiwan pengotor, perosak sampah, pemakan bangkai malah dikaitkan dengan ilmu hitam.
Namun tahukah anda, gagak merupakan salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai bijak selepas beberapa eksperimen dijalankan terhadap spesis ini.
1, Burung gagak dapat menentukan sebab dan akibat
Dalam kajian pada gagak Kaledonia Baru, burung gagak ditempatkan di dalam sangkar di mana sebuah batang kayu akan muncul celahan sangkar itu.
Mereka menggunakan dua senario, yang pertama, seorang manusia memasuki tempat sangkar itu sebelum batang kayu itu bergerak dan pergi selepas itu. Kedua, manusia itu tidak memasuki sangkar berkenaan.
Pada mulanya, burung gagak lebih santai setelah manusia pergi, menghubungkan pergerakan tongkat dengan kehadiran manusia dengan betul. Mereka mencari makanan dan bersikap normal. Pada babak kedua, burung gagak tidak memiliki referensi lain untuk kehadiran batang kayu itu, jadi gagak itu kelihatan berwaspada.
Ahli Biologi, Alex Taylor berkata, keputusan ini benar-benar menunjukkan bahawa burung gagak bereaksi dengan cara yang sangat mirip dengan manusia dalam situasi yang mengharuskan mereka membuat pertimbangan mengenai agen penyebab tersembunyi.
2, Burung gagak faham paras air
Eksperimen ini macam dalam cerita kanak-kanak yang selalu kita dengar atau baca yang tajuknya ‘Gagak yang bijak’ dan sekali gus membuktikan, haiwan ini memang bijak.
Dalam eksperimen dengan tabung yang diterbitkan di PLOS One, para saintis memutuskan bahawa gagak Kaledonia Baru bukan sahaja dapat membezakan perbezaan antara air dan pasir tetapi mereka juga memahami pemindahan air.
Ujian ini melibatkan tiub yang berisi air dan makanan yang terapung di luar jangkauan. Burung gagak memenuhi tiub dengan batu yang cukup atau barang berat lain untuk memastikan makanan itu berada dalam jangkauan mereka.
Mereka juga diberikang dengan senario yang berbeza, seperti tabung dengan permukaan air yang berbeza. Burung gagak menunjukkan keutamaan untuk tabung yang akan memberi mereka makanan dengan jumlah kerja yang dilakukan paling sedikit
Tahap kejayaan mereka setara dengan kanak-kanak berusia tujuh tahun, kata para penyelidik.
3, Burung gagak simpan dendam dan sampaikan dendam kepada gagak lain
Pernah terfikir mengapa penyelidik gagak kadang-kadang memakai topeng? Ini kerana burung gagak dapat mengenali wajah manusia, terutama wajah manusia yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.
Oleh itu, jika anda cuba merakam bagaimana burung gagak bertindak balas terhadap rangsangan negatif (seperti ditangkap dan ditanda), anda tidak mahu melakukannya menggunakan wajah sebenar anda.
Sekiranya anda melakukannya, anda akan dimarahi oleh kawanan gagak setiap kali anda menghampiri, seperti yang dijumpai dan diperincikan oleh ahli biologi John Marzluff dalam kajian 2011.
Beberapa tahun kemudian, dia mendapat tahu bahawa burung gagak tidak hanya menyimpan dendam itu mereka juga memberitahu burung gagak lain tentang hal berkenaan.
Dalam dua minggu pertama setelah ditangkap, sekitar 26 peratus burung gagak memarahi manusia yang memakai topeng berkenaan. Sekitar 15 bulan kemudian, angka itu adalah 30.4 peratus.
Tiga tahun selepas tangkapan itu, tanpa sebarang tindakan terhadap gagak-gagak itu, jumlah burung gagak yang memarahi manusia memakai topeng itu telah meningkat menjadi 66 peratus.
Macam macik bawang pula ya gagak ni?
4, Burung gagak mengadakan pengebumian untuk kawan mereka yang mati
Ketika seekor burung gagak mati, burung gagak lain sering diperhatikan berkumpul dan mengeluarkan siulan yang kuat seperti manusia.
Sebabnya tidak diketahui sehingga tahun 2015, ketika penyelidik burung gagak Kaeli Swift menumpukan penyelidikan untuk mencuba dan mengetahui mengapa.
Kesimpulannya, yang diterbitkan dalam jurnal Animal Behavior adalah bahawa burung gagak berkumpul di sekitar gagak yang mati ialah untuk belajar tentang bahaya.
Kota Chatham, Ontario berada di bawah jalan migrasi gagak dan mereka berada di sekitar kota ini dalam perjalanan tersebut.
Setiap usaha untuk mengusir mereka telah gagal ini termasuk menembak ke arah mereka dengan senapang pelet. Burung gagak belajar terbang dengan cukup tinggi untuk mengelakkan ditembak.
5, Burung gagak dapat menyelesaikan teka-teki kompleks
Eksperimen yang mengagumkan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada program BBC Two yang disebut Inside the Animal Mind, yang menguji gagak dengan teka-teki haiwan paling kompleks yang pernah dicipta.
Dan tidak menggunakan burung gagak makmal. Burung gagak ditangkap dari persekitaran liar satu demi satu dan disimpan selama tiga bulan sahaja.
Teka-teki itu melibatkan lapan langkah individu yang harus diselesaikan dalam urutan yang sangat spesifik untuk melepaskan hadiah berbentuk makanan. Gagak itu harus mengumpulkan alat, kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan langkah teka-teki seterusnya. Tonton video ini!
Kesimpulannya, burung gagak sememangnya spesis haiwan yang bijak namun disalah erti disebabkan tabiat dan penampilannya.
Sebenarnya banyak lagi kajian lain yang membuktikan gagak bijak, antara dapatan yang menarik ialah gagak menggunakan ostracism sosial untuk menghukum rakannya yang mementingkan diri, haiwan itu juga boleh melakukan kawalan kendiri.
Ini termasuk boleh merancang masa depan mereka selain mengingati individu yang membuat baik kepada mereka dan cara mereka berkomunikasi ialah menggunakan gerak isyarat.
Jadi, siapa mahu menjadikan burung gagak sebagai haiwan peliharaan?

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

#burung gagak #bijak #Kajian #reaksi #paras air #dendam #wajah manusia #pengebumian
;