Gadis Bond, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun

Astro Awani
Januari 5, 2021 07:58 MYT
Berita kematian Tanya Roberts disahkan Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles pada malam Isnin. -Foto Instagram / realtanyaroberts
PELAKON popular era 80-an, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun dilaporkan akibat jangkitan pada salur kencing.
Berita kematian bintang siri filem Bond dan Charlie’s Angel itu disahkan Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada malam Isnin.
Ia selepas berita palsu mengenai 'kematiannya' disebarkan oleh teman lelaki mendiang sebelum itu.
Pada Ahad, timbul desas-desus mengenai khabar kematian aktres itu apabila teman lelakinya, Lance O'Brien memberitahu media bahawa Roberts telah meninggal dunia.
Namun berita itu disangkal tidak lama kemudian.
Sepanjang kariernya sebagai aktres, Roberts sememangnya diingati dengan beberapa kejayaan memegang watak besar di Hollywood.
Mendiang pernah menjadi gadis Bond dalam filem "A View to a Kill" dan turut memegang watak dalam siri televisyen Charlie’s Angels.
Sebelum dimasukkan ke hospital, Roberts dikatakan rebah ketika keluar bersiar-siar dengan anjingnya Ahad lalu dan dikejarkan ke pusat perubatan.
#Tanya Roberts #gadis Bond #meninggal dunia #jangkitan pada salur kencing #Charlie s Angel #Lance O'Brien #Pusat Perubatan Cedars-Sinai
;