Gadis berdarah kacukan Palestin dinobat Miss Universe Filipina 2019
Gempak
Jun 12, 2019 22:01 MYT
Jun 12, 2019 22:01 MYT
FILIPINA telah menobatkan seorang gadis berdarah kacukan Palestin, Gazini Ganados sebagai Miss Universe Filipina 2019 pada Sabtu lalu.
Gazini atau nama sebenarnya Gazini Christiana Ganados, 23, mewakili Cebu berjaya mengalahkan 40 finalis lain untuk bergelar ratu cantik untuk tahun ini.
Berasal dari Talisay City, Ganados mempunyai darah kacukan Palestin di sebelah bapanya.
Walaupun belum pernah bertemu dengan bapanya, dia berharap dapat bertemu kembali dengan darah dagingnya itu menerusi pertandingan ini.
Gazini merupakan graduan dari University of San Jose Recoletos dalam jurusan pelancongan.
Memulakan karier sebagai model seawal usia 15 tahun, dia kemudiannya dilamar oleh syarikat pengurus bakat, Sven Chua of Origin Model & Artist Management dan bekerja secara sepenuh masa.
Sebelum bergelar Miss Universe Filipina 2019, Ganados pernah memenangi gelaran Miss Milo Little Olympics 2011, Miss Cesafi 2016 dan pemenang kedua dalam Reyna Ng Aliwan 2015.
Terdahulu, rekod negara Filipina cemerlang dalam pertandingan ratu cantik apabila Catriona Gray dan Pia Wurtzbach dinobatkan sebagai Miss Universe tahun 2018 dan 2015.
#Cebu
#gadis berdarah kacukan Palestin
#Gazini Ganados
#Miss Universe Filipina 2019
#ratu cantik
#Talisay City
#University of San Jose Recoletos