#FreeKesha: Sony bakal tamatkan kontrak Lukasz Sebastian Gottwald?

Kohilah Sekaran
Mac 10, 2016 12:29 MYT
Syarikat rakaman gergasi, Sony dijangka menamatkan kontrak dengan penerbit muzik dan pemilik label Kemosabe Records, Lukasz Sebastian Gottwald Gottwald
Syarikat rakaman gergasi, Sony dijangka menamatkan kontrak dengan penerbit muzik dan pemilik label Kemosabe Records, Lukasz Sebastian Gottwald Gottwald (Dr. Luke) setahun sebelum tempoh tamat, lapor media antarabangsa.
Sony mungkin akan menamatkan kontrak Gottwald atas tekanan orang awam yang semakin meningkat berikutan isu pertempuran undang-undang penerbit itu dengan penyanyi antarabangsa, Kesha.
Keputusan makhamah untuk tidak membebaskan Kesha daripada kontrak Sony nampaknya telah menjejaskan hubungan syarikat itu dengan orang awam.
Bagaimanapun, menurut laporan Huffington Post, masih belum ada sebarang pengesahan daripada syarikat berkenaan.
Malah, pendakwa raya Gottwald berkata perkara ini tidak mungkin akan berlaku kerana penerbit itu mempunyai hubungan yang baik dengan Sony.
“Jurucakap Gottwald sering menghubungi eksekutif-eksekutif tertinggi Sony, dan perkara ini tidak pernah muncul,” katanya.
Serangan antara Gottwald dan Kesha bermula pada tahun 2014 apabila penyanyi ‘Tik Tok’ itu mendakwa Gottwald melakukan serangan seksual terhadapnya.
Dia kemudian memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Gottwald.
Namun Gottwald menafikan kesemua dakwaan Kesha yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak benar.
Peguam kepada Gottwald turut berkata beliau telah melabur sebanyak AS$60 juta (RM252.49 juta) dalam kerjaya Kesha.
Sementara itu, penyanyi antarabangsa, Lady Gaga berharap Sony akan mengambil tindakan yang tepat.

Do the right thing @sony #PeopleOverProfit https://t.co/uXtU6sAmmM

— Lady Gaga (@ladygaga) March 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##FreeKesha #Lukasz Sebastian Gottwald #Sony #tuntuan
;