Frank Ocean maafkan Chris Brown

Astro Awani
Februari 5, 2013 04:56 MYT
Frank Ocean telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Chris Brown yang telah menumbuknya minggu lalu.
Insiden itu berlaku kerana Brown menuduh Ocean menghalang keretanya di Westlake Recording Studios, Los Angeles.
Ocean telah memaafkan Brown dan menulis dalam blog rasminya "Sebagai seorang dewasa, saya bukan seorang pembunuh".
"Saya merupakan artis dan manusia moden. Saya memilih kewarasan dan tiada dakwaan atau saman akan dikemukan."
"Memaafkan dan keamanan adalah pilihan saya dalam hidup saya."
Sementara itu Brown meninggalkan tempat kejadian tetapi Ocean ketika itu menunggu kedatangan pihak polis kerana ingin mendakwa Brown.
Ini kerana dia menyifatkan kecederaan yang disebabkan Brown itu akan memberi kesan kepada persembahannya pada majlis Grammy 10 Februari ini.
Brown yang masih berada di bawah pengawasan kerana memukul Rihanna pada 2009 mungkin akan terkesan jika Ocean mendakwanya.
#Chris Brown #Frank Ocean #maafkan