Foto Terbaru: Zamani Slam kelihatan lebih sihat dan cergas
Kohilah Sekaran
Julai 15, 2015 15:31 MYT
Julai 15, 2015 15:31 MYT
Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim kini kelihatan lebih sihat dan cergas ketika menghadiri satu sesi temubual bersama stesen radio, SINAR FM hari ini.
Beberapa gambar telah dimuat naik oleh stesen radio tersebut awal pagi hari ini di laman Facebook mereka dengan bertulis "Peluang kedua untuk diterima kembali. Zamani SLAM kini semakin pulih dan selepas dari berita ditahan polis beberapa bulan lepas. Kami bawakan Zamani..#SinarPagi."
Penyampai radio Salih Yaakob, Khairil Rashid dan Raja Azura turut dilihat bersama Zamani atau lebih mesra dikenali sebagai Zamani Slam di studio SINAR FM.
Zamani kelihatan sihat dan cergas ketika di studio SINAR FM
Gelagat Salih, Zamani, Raja Azura dan Khairil di studio
Zamani dijemput ke studio untuk bercerita tentang peluang kedua dalam kehidupan
Difahamkan, penyanyi berusia 44 tahun itu dijemput ke studio untuk bercerita mengenai peluang keduanya dalam kehidupan selepas dia menjadi mangsa dadah awal tahun ini.
Bagaimanapun, perkongsiaan gambar Zamani di laman Facebook SINAR FM itu turut mengundang pandangan positif dari segelintir para netizen.
Kebanyakan mereka bersyukur bahawa penyanyi 90-an itu kini kembali pulih dan kelihatan lebih cergas sambil berharap Zamani tidak akan melepaskan peluang kedua ini.
Terdahulu, media melaporkan Zamani dan pembantu peribadinya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada bulan Januari lalu.
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.