'Folklore' Taylor Swift terjual 1.3 juta unit dalam tempoh kurang sehari

Asyraf Roslan
Julai 26, 2020 10:36 MYT
Memetik laporan media antarabangsa, semasa mengumumkan mengenai album terbaharunya, Taylor menyifatkan Folklore sebagi satu naskah yang berbeza berbanding daripada album sebelumnya.
KURANG 24 jam diumumkan pelancarannya, album terbaharu daripada Taylor Swift, Folklore, sudah berjaya dijual sebanyak 1.3 juta unit secara global.
Ini sekali gus menjadi rekod album terjual paling pantas semasa pandemik COVID-19.
Penertbit Republic Records memaklumkan, buah tangan terbaharu Taylor itu juga mencipta rekod apabila mendapat 80.6 juta penstriman di Spotify pada hari pertama.
Malah album ini juga distrim paling banyak di Apple Music dengan 35.47 juta dalam tempoh 24 jam.
Memetik laporan media antarabangsa, semasa mengumumkan mengenai album terbaharunya, Taylor menyifatkan Folklore sebagi satu naskah yang berbeza berbanding daripada album sebelumnya.
Taylor juga menyatakan bahawa beliau telah menggubah lagu dan lirik di dalam album ini yang sebahagiannya tercetus semasa COVID-19.
Pada masa sama, Taylor juga merancang untuk mengarah sendiri video muzik salah sebuah lagu dalam albumnya itu.
#Album #COVID-19 #Folkfore #Lagu #Muzik Video #pandemik #Taylor Swift
;