Fizie diumum penyampai baharu GEGAR

Umavathi Ramayah
Januari 3, 2024 14:10 MYT
Fizie Roslan (duduk tengah) diumumkan sebagai penyampai baru GEGAR. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jenama radio nombor satu Pantai Timur, GEGAR memperbaharui segmen Bro Pagi GEGAR dengan memperkenalkan penyampai baharu, Fizie Roslan sebagai langkah strategik untuk terus relevan, selain meningkatkan mutu dan memberikan yang terbaik kepada pendengar.
Personaliti baharu GEGAR itu akan berganding bersama Issey Fazlisham dari jam 6 hingga 10 pagi.
Bro Pagi GEGAR bakal diceriakan lagi dengan pengisian baharu seperti WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?, Guano Preh, Skala Bereh; Yang GEGAR, Yang Gogek; Open Table, Abe Salok Madu; dan Bro Talk.
Bersempena dengan sambutan tahun baharu, GEGAR turut menampilkan pengisian terkini di segmen GEGAR 10-3, GEGAR Petang dan GEGAR Malam, setiap hari Ahad hingga Khamis.
Pengisian-pengisian itu adalah seperti berikut:
Bro Pagi GEGAR (Gandingan Fizie Roslan dan Issey Fazlisham dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi)
GEGAR 10-3 (Gandingan Scha Musa dan Shah Muhammad dari pukul 10 pagi hingga 3 petang)
GEGAR Petang (Gandingan Ewan dan Rea dari 3 pukul petang hingga 7 malam)
GEGAR Malam (Aswad Jalil dari 8 malam hinga 12 tengah malam)
Layang Perasaang, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu-lagu cinta dan jiwang di udara untuk dimainkan oleh Aswad.
Sebagai tambahan, peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti GEGAR di hujung minggu, pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Segmen-segmen menarik bakal ke udara termasuk Seleksi GEGAR, pilihan lagu terbaik; Senja Pantai Timur, pilihan lagu nasyid terbaik; 90-an GEGAR, pilihan lagu di tahun 90an; Retro GEGAR, pilihan lagu-lagu terbaik dan malar segar; serta banyak lagi.
Sementara itu, Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham memberitahu, sebagai tambahan, peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti dengan lebih dekat.
"Tahun ini, kita akan banyak turun ke negeri-negeri Pantai Timur," katanya ketika ditemui, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Raja Nadia berkata, setiap penyampai di GEGAR membawa elemen unik yang akan menyumbang kepada kualiti kandungan dalam penyiaran radio.
Menarik kata beliau, landskap segmen tengah hari diubah dengan meletakkan dua penyampai.
"Kalau kita tengok, mana-mana radio bagi segmen tengah hari hanya ada seorang penyampai, tapi kita buat perubahan dengan meletakkan dua penyampai untuk mengubah landskap.
#Bro Pagi GEGAR #Pantai Timur #Fizie Roslan #radio
;