Filem Tombiruo terus gegar panggung, kutip RM7 juta dalam 18 hari
Astro Awani
November 2, 2017 19:18 MYT
November 2, 2017 19:18 MYT
FILEM bergenre thriller Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM7 juta selepas 18 hari ditayangkan.
Dalam satu kenyataan, Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.
Pengarah Jualan Global dan Pengambilalihan di AMP International, James Norrie memuji produksi filem berkenaan sehingga menjadi filem berbentuk adiwira Asia yang berupaya membentuk peminatnya tersendiri.
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M. Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.
Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim yang digelar Tombiruo yang disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.
Filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan itu ditayangkan di 117 pawagam di seluruh dunia.
Ia diadaptasi dari novel yang ditulis Ramlee Awang Murshid.
#adaptasi
#AMP International
#Asia
#Astro Shaw
#Datuk M Nasir
#Ejim
#Faizal Hussein
#Farid Kamil
#filem
#Grup Buku Karangkraf
#Ideate Media
#Layar Sunan
#Media
#Nabila Huda
#novel
#Ramlee Awang Murshid
#RM7 juta
#Tombiruo
#Tombiruo Penunggu Rimba
#Zul Ariffin