Filem Star Wars: 'Saya tidak mahu dikenali sebagai lelaki sekuel' - J.J Abrams

Kohilah Sekaran
Disember 20, 2015 17:18 MYT
Pengarah filem Star Wars, J.J. Abrams mengakui bahawa beliau pada mulanya enggan untuk mengarah sekuel ketujuh ini kerana risau ia akan menjejaskan kerjayanya.
Filem Star Wars: The Force Awakens meraih kutipan rekod tayangan hari pertama yang tertinggi.
Perkara ini membuktikan bahawa filem ini mendapat sambutan yang hebat daripada peminat-peminat Star Wars di seluruh dunia.
Tetapi, Pengarah filem Star Wars, J.J. Abrams mengakui bahawa beliau pada mulanya enggan untuk mengarah sekuel ketujuh ini kerana risau ia akan menjejaskan kerjayanya.
Menurut J.J, beliau sebenarnya tidak begitu minat dalam menghasilkan filem sekuel.
Menurut laporan The Times, pengarah terkenal itu berkata dia pada mulanya berada dalam keadaan keliru ketika Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy meminta beliau untuk mengarah filem ini kerana dia tidak mahu dirinya dikenali sebagai ‘lelaki sekuel’.
Beliau menambah: "Saya kemudian melihat trilogi asal dan saya fikir jika ada apa-apa cara untuk membawa kembali cerita itu, ia akan menjadi luar biasa.”
Menurut J.J, isterinya Katie McGrath yang menggalakan beliau dengan berkata ideanya itu cukup bagus dan beliau akan menyesal jika tidak mengarah seperti yang difikirkan.
Menurut Walt Disney, jualan tiket global filem mencecah kira-kira 130 juta dolar Amerika pada tayangan pertama di 12 negara.
#filem #J.J Abrams #Star Wars
;