Filem Sangkar raih kutipan melebihi RM10.3 juta
Gempak
September 15, 2019 18:00 MYT
September 15, 2019 18:00 MYT
FILEM terbaharu arahan Kabir Bhatia, Sangkar mencatat kutipan sebanyak RM10.3 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam.
Berita gembira itu dimumkan Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka sebentar tadi.
"Filem Sangkar telah berjaya mendapat kutipan melebihi 10.3 juta dalam masa 17 hari," tulis pengendali akaun di ruangan status.
Dalam pada itu, petikan kata-kata dari seorang penonton (@affiqarrahman1) turut diletakkan di kapsyen tersebut.
"Cerita ni je mak aku menangis dari awal 20 minit cerita sampai habis! Berbaloi untuk ditonton. Berapa star? Oh dude memang tak boleh nak cakap berapa star sebab gempak sangat," tulisnya.
Sangkar menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.