KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun terkilan dengan tindakan sesetengah pelakon filem Pulau yang memandang ringan kewujudan babak yang disifatkan tidak senonoh dalam filem berkenaan.
Dalam satu entri di Facebook, Asma' berkata kenyataan 'menyelamatkan diri' sebahagian pelakon yang mereka tidak terlibat dengan babak sedemikian bukan alasan kukuh kerana hasil keuntungan akan dikongsi bersama.
"Saya dimaklumkan ada dalam kalangan pelakon filem tersebut maklum akan wujudnya babak tidak senonoh tersebut tetapi bukan dirinya yang melakukan babak tersebut, sekiranya benar pun ia tetap dikira bersubahat. Hasil keuntungan daripada tontonan masih tetap diberi kepada semua pelakon.
"Jika dilihat dari aspek dosa dan pahala maka wajarlah filem ini dibatalkan sebelum tayangannya bulan Mac nanti, mudah-mudahan mereka terselamat daripada dosa yang berterusan," tulisnya.
Beliau pada masa yang sama menyelar kenyataan sesetengah pihak bahawa menonton filem itu adalah pilihan sendiri dan mereka yang tidak suka, boleh memilih untuk tidak menontonnya.
"Sungguh saya terkejut apabila membaca respons yang diberikan oleh salah seorang pelakon filem tersebut. Tolong jangan ambil mudah tentang perkara yang terang-terangan merosakkan masyarakat khususnya generasi muda.
"Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
"Jika budaya lucah sudah menjadi darah daging kanak-kanak seawal usia 5 tahun, adakah kita nak bertanggungjawab? Apatah lagi jika budaya jijik itu dilakukan oleh anak-anak kita sendiri?" soalnya.
Tambahnya, negara sudah membuktikan berjaya menghasilkan filem berkualiti tanpa perlu adanya babak yang mencetuskan kontroversi, dan ia harus dijadikan tanda aras untuk anak seni dan industri kreatif lebih berjaya di masa hadapan.
"Ramai penggiat filem negara telah berjaya menghasilkan filem berkualiti, mampu mendidik rakyat dan mendapat sambutan yang baik tanpa memaparkan babak tidak senonoh. Menjadi penerbit atau pengarah filem dan mempunyai sumber yang banyak bukanlah tiket untuk melakukan apa sahaja yang diingini.
"Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat.
"Kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila," katanya lagi.
Terdahulu, filem Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan yang diberikan.
Pada Selasa, media melaporkan tayangan treler filem bergenre seram itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga berpandangan treler itu tidak sesuai ditayangkan kerana dipercayai melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Pada Khamis, LPF memaklumkan tayangan treler filem tersebut di media sosial adalah di luar bidang kuasa mereka, dan menegaskan Pulau bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.
Madiha Abdullah
Fri Jan 20 2023
Beliau menyelar kenyataan sesetengah pihak bahawa menonton filem itu adalah pilihan sendiri.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Filem Pulau catat sejarah di Kemboja
Filem Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu.
Filem Pulau: Treler di media sosial luar bidang kuasa LPF
LPF memaklumkan terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai sebelum membuat keputusan ke atas penapisan kandungan filem.
Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.