Filem pecah panggung, Salman Khan beri duit raya kepada petani
Gempak
Julai 25, 2015 12:20 MYT
Julai 25, 2015 12:20 MYT
MESKIPUN dipalit dengan pelbagai kontroversi termasuk terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima tahun akibat kes langgar lari pada tahun 2002, aktor Salman Khan tidak pernah terlepas untuk menjadi ‘role model’ kepada umum terutamanya peminat setianya.
Sedia maklum filem terbarunya, Bajrangi Bhaijaan baru sahaja ditayangkan pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mendapat sambutan yang luarbiasa.
Filem arahan Kabir Khan itu berjaya mengaut keuntungan besar sekitar RM8 juta dan bakal pecah panggung untuk beberapa hari sahaja lagi.
Apa yang menarik, aktor berusia 49 tahun ini mengambil keputusan menderma sejumlah wang keuntungan menerusi filem tersebut kepada badan amal diberi nama ‘Being Human’ yang membantu para petani yang mengalami masalah kerugian besar sekitar di India.
Salman Khan tergerak hati melakukan kerja amal tersebut selepas insiden petani bunuh diri selepas menanggung hutang yang terlalu tinggi.
Faktor ekonomi ternyata penyebab utama masalah bunuh diri semakin meningkat di India. Keputusan Salman Khan mendermakan sejumlah wang keuntungan filem tersebut semestinya disambut baik para petani yang mengalami masalah kewangan. - Sumber Astro Gempak