Filem Malaysia & Indonesia dominasi calon AIFFA
Astro Awani
Mac 29, 2013 14:04 MYT
Mac 29, 2013 14:04 MYT
Filem dari negara Malaysia dan Indonesia mendominasi senarai pencalonan apabila masing-masing memperoleh 18 pencalonan keseluruhannya. Senarai penuh pencalonan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA) itu diumumkan semalam.
Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25, Bunohan sekali lagi akan bersaing sengit dengan filem Songlap untuk anugerah utama Filem Drama Terbaik. Turut dicalonkan ialah filem terbitan Indonesia iaitu Atambua 39 Degree dan Rayya serta filem dari Filipina, Sta. Nina.
Malam Gala AIFFA 2013 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching pada 30 Mac ini. Festival filem itu disertai wakil penerbit filem dari Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Myanmar, Filipina, Brunei dan Indonesia.
Filem Drama Terbaik
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius (Indonesia)
4. Sta. Nina (Filipina)
5. Rayya (indonesia)
Filem Komedi Terbaik
1. Taxi! Taxi! (Singapura)
2. The Kidnappers Of Ronnie Lazaro (Filipina)
3. Istanbul Aku Datang (Malaysia)
4. Ada Apa Dengan Rina (Brunei)
Filem Aksi Terbaik
1. 8 Jam (Malaysia)
2. Kepong Gangster (Malaysia)
3. Sang Martir (Indonesia)
Pengarah Terbaik
1. Bunohan – Dain Iskandar Said (Malaysia)
2. Songlap – Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius – Riri Riza (Indonesia)
4. Rayya – Viva Westi (Indonesia)
5. Sta. Nina – Emmanuel Quindo Palo (Filipina)
Lakon Layar Terbaik
1. Songlap (Malaysia)
2. Rectoverso (Indonesia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Batas (Indonesia)
5. Bunohan (Malaysia)
Suntingan Terbaik
1. Sta. Nina – Chrissel Desuasido & Tara Illenberger (Filipina)
2. Chow Kit - (Malaysia)
3. Songlap – Wong Hui Lynn (Malaysia)
4. Taxi! Taxi! – (Singapura)
5. Sang Martir – Cesa David Luckmansyah (Indonesia)
Sinematografi Terbaik
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Kayan Beauties (Myanmar)
5. Batas (Indonesia)
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Songlap – Shaheizy Sam (Malaysia)
2. Alagwa – Jericho Rosales (Filipina)
3. Taxi! Taxi! – Gurmit Singh (Singapura)
4. Cinta Tapi Beda – Reza Nangin (Indonesia)
5. Rayya – Tio Pakusadewo (Indonesia)
Pelakon Wanita Terbaik
1. Batas – Marcella Zalianty (Indonesia)
2. Rayya – Titi Sjuman (Indonesia)
3. Sta. Nina – Alessandra De Rossi (Filipina)
4. Istanbul Aku Datang – Lisa Surihani (Malaysia)
5. 29 Februari – Jojo Goh (Malaysia)
Filem Asing Terbaik (Filem luar dari Asean)
1. The Down Home Alien Blues (Amerika Syarikat)
2. Chinaman’s Chance (Amerika Syarikat)
3. Beyond Redemption (Amerika Syarikat)
4. Attahasa (India)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Alagwa – Bugoy Carino (Filipina)
2. Sang Martir – Tio Pakusadewo (Indonesia)
3. Taxi! Taxi! – Chua Jin Sen (Singapura)
4. Kepong Gangster – Lenny Ooi (Malaysia)
5. Batas – Piet Pagau (Indonesia)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Rectoverso – Acha Septriasa (Indonesia)
2. Songlap – Normah Damanhuri (Malaysia)
3. Sta. Nina – Anita Linda (Filipina)
4. Sang Martir – Henidar Amroe (Indonesia)
5. Kayan Beauties – Rose Mary (Myanmar)
Turut diberikan adalah kategori Kesan Visual Terbaik, Busana Terbaik, Anugerah Khas Juri, Anugerah Khas, Anugerah Semangat Asean dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Senarai calon dinilai oleh anggota juri yang diketuai oleh pengarah filem Hanyut, U-Wei Haji Saari, pengarah Bali Film Center, Deborah Gabinetti, pembikin filem terkenal Singapura, Jack Neo Chee Keong, pelakon Ricky Davao (Filipina) dan U Aung Lwin (Myanmar).