'Filem Kabali tidak bocor dalam talian' - pengeluar filem

Kohilah Sekaran
Julai 20, 2016 20:25 MYT
Filem sensasi Tamil, Kabali disahkan tidak bocor dalam talian seprti yang dihebohkan sebelum ini.
Filem sensasi Tamil, Kabali disahkan tidak bocor dalam talian seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Menurut laporan NDTV Movies, pengesahan itu dibuat oleh pengeluar filem itu, Kalaipuli S Thanu.
“Tidak bocor. Itu hanya khabar angin. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyekat cetak rompak," kata S Thanu seperti dipetik dari NDTV.
Peminat pelakon lagenda Tamil, Rajinikanth nyata terkejut dengan khabar angin tersebut.

#kabali leaked is a fake news..! dnt spread rumors...

— Barath.M (@thala_barath) July 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Did I hear something sad now? #Kabali print got leaked?. Can some one respond !

— Chiranjiv Santhosh (@kingchiru15) July 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan babak berdurasi 30 minit dari filem Kabali bocor dalam web.
Kabali akan dilancarkan di seluruh dunia pada Jumaat ini.

#Kabali will be releasing worldwide on 22 July 2016 !! We couldn't be more excited @superstarrajini @beemji :) pic.twitter.com/HOll88EzuU

— Kalaippuli S Thanu (@theVcreations) July 11, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia juga merupakan filem Tamil yang pertama dialih suara ke bahasa Melayu yang dihasilkan oleh industri perfileman tempatan.
Ia turut dibintangi pelakon tempatan, Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan dan Datuk Abdul Malik Dasthigeer sebagai penerbit bersama.
#fiem #Kabali #talian
;