Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland

Astro Awani
Julai 17, 2016 08:00 MYT
Interchange akan ditayangkan pada 5 Ogos di Piazza Grande yang mampu memuatkan seramai 8,000 penonton.
FILEM Interchange arahan Dain Iskandar Said akan ditayangkan di Festival Filem Locarno di Switzerland pada bulan Ogos nanti.
Interchange akan ditayangkan pada 5 Ogos di Piazza Grande yang mampu memuatkan seramai 8,000 penonton pada satu masa di ruang terbuka dan ditayangkan di layar gergasi untuk tatapan seluruh pengunjung yang hadir ke festival tersebut.
Festival Filem Locarno diwujudkan sejak tahun 1946 dan pernah menampilkan pengarah-pengarah terkemuka seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Miloš Forman, Béla Tarr, Chen Kaige, Alexandr Sokurov, Jim Jarmusch, Spike Lee, Ang Lee, Claire Denis, Kim Ki-Duk, dan Abbas Kiarostami.
Film seram supernatural ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah.
BACA: Interchange - Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
BACA: Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange
Filem kedua Dain Said ini bakal menemui penonton di pawagam bakal pada awal 2017.
#Dain Iskandar Said #Festival Filem Locarno #interchange
;