Filem Histeria, terus histeria di panggung

Azyyati Ahmad
Februari 11, 2014 07:30 MYT
KUALA LUMPUR: Filem Kami Histeria hasil sentuhan pertama pengarah, Shamyl Othman terus mendapat sambutan di pawagam-pawagam utama seluruh Malaysia sejak ditayangkan pada 6 Februari lalu.
Setakat ini, kutipan panggung telah mencecah RM500,000 dalam masa empat hari tayangan.
Shamyl yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor, Othman Hafsham, di dalam temubualnya bersama Gala TV memberitahu ini adalah kali pertama dia mengarah filem dan cabarannya sangat berbeza dengan mengarah drama.
“Bagi saya cabaran mengarah filem apabila setiap scene perlu dijaga dengan terperinci kerana filem disiarkan di skrin sebesar 20 kaki maka setiap inci bakal diperhatikan” katanya.
“Kita juga mengambil masa yang lama dalam pemilihan pelakon yang bakal menganggotai kumpulan Histeria dan alhamdullah, pemilihan yang dibuat menghasilkan kombinasi yang baik” katanya kepada Gala TV.
Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Fazura, Diana Danielle, Mila Jirin dan Izzue Islam turut mendapat review yang baik dari penggemar-penggemar filem.
Antaranya Blog hiburan, Ohbulan! yang merasakan filem bergenre komedi seram ini sebagai ‘terbaik’ kerana berjaya lari dari pandangan stereotaip sesetengah orang yang sering melabel genre berkenaan sebagai karya syok sendiri.
Lakonan lima watak utama ahli kumpulan Histeria iaitu Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) disebut-sebut sebagai kekuatan filem Kami Histeria.
Bagi penulis blog Mamuvies pula, lima watak utama tersebut berjaya melakonkan watak masing-masing dengan jayanya tanpa menenggelamkan satu sama lain, namun penulisnya kecewa apabila elemen seram tidak tidak dijadikan subplot dalam filem tersebut.
Selain itu, penulis blog Byrawlins merasakan filem ini berjaya merubah anggapan skeptikalnya kepada filem melayu.
Turut memberi pujian kepada sinematografi filem ini yang dikatakan seolah menonton filem ‘luar negara’, penulis juga merasakan lakonan Nad Zainal ‘menjadi’ walaupun hampir tidak mempunyai dialog, dan hanya menggunakan ekspresi muka serta bahasa badan.
Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat di media sosial turut menggemari lakonan Fazura sebagai Cik Lang, hantu yang bercakap loghat Kedah serta lagu-lagu ciptaan Loque yang digunakan sebagai runut bunyi untuk filem ini.

@KamiHisteria sgggt2 laa kreatif..penggunaan grafik n efectnye pon canteeeeeek!!

— Farah Dinpuru (@Farahiyah_Farah) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@KamiHisteria @DianaDanielleB seram pulak dengan Cik Lang ni. cayalah! Muka tak perlu hodoh2 pun, hantu tetap seram..#goosebumps

— KING Kombucha (@kingkombucha) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

lagu2 ost kami histeria tu loque yg buat ke.patot berhantu je gua dengar.terbaik.#LEGEND #RESPECT

— The Name is Azuan (@md_sepet) February 9, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya kasi .. 4 bintang untuk Kami Histeria. Dan semestinya 5 bintang untuk @missfazura

— Bawang Merah (@IzzatIftiqar) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kalau ada band cam movie kami histeria tu, bapak gempak!

— Serene (@farra0hamzah) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Done tgk Kami Histeria..not bad...lawak ada..seram ada..terkejut ada..sengal ada... Eh..eh..eh..eh...ehhhhh..

— nurzureen amihabil (@nurzureen) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

baru lepas habis tgk #kamihisteria, btw kak @nad_zainal as Peanut ! comel teruk punya... fav Character <3

— (@RaziqRafael) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

masih excited cerita pasal #KamiHisteria kat adik aku walaupun dah cerita smlm. what is wrong with me? Peanut, I like you! ha ha ha.

— Girl. (@HetchQue) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cuma aku harap band Kami Histeria tu wujud. Serius.

— Fizam (@gopenghagen) February 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Enjoyable movie, as expected from RedFilms. Clever humour, nice music from Loque, and Rafidah wrote this one brilliantly. #KamiHisteria

— Om Mika (@mikhailclair) February 7, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Pengurus Besar Astro Shaw Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, beliau yang mewakili Red Films dan Mirna Films berasa amat gembira dan berpuas hati di atas sokongan semua pihak yang terlibat di dalam rangka promosi filem ini.
“Diharap filem ini akan terus mendapat sambutan di minggu kedua tayangan di panggung nanti” katanya.
'Kami Histeria' mengisahkan kumpulan yang dianggotai lima gadis remaja dan diketuai Laila sebagai vokalis dan pemain gitar.
Turut disertai Bad, Peanut, Airin dan Jojo, mereka merupakan sahabat baik dan menetap di sebuah pangsapuri usang berhantu.
Semasa sibuk membuat rakaman, suara langsuir secara tidak sengaja telah dirakamkan dan lagu tersebut menjadi popular selepas dimuat naik ke laman YouTube.
Jadi bagi memastikan kumpulan Kami Histeria terus popular mereka mendapatkan khidmat bantuan langsuir, Cik Lang untuk merakamkan suaranya.
Saksikan kesudahan filem ini yang sedang ditayangkan di semua 64 pawagam seluruh Malaysia.
#Diana Danielle #Fazura #Kami Histeria #Nad Zainal #review #Shamyl Othman
;