Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China

Gempak
November 16, 2024 14:10 MYT
Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa. -Gempak
FILEM Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures menerima anugerah Most Anticipated Chinese Language Film di 37th Golden Rooster Film Awards pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures menerima anugerah Most Anticipated Chinese Language Film di 37th Golden Rooster Film Awards di China.
  • Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa.
  • Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou, yang menghidap penyakit saraf Erb's Palsy, dan kini boleh ditonton di Astro First.

Menang anugerah berprestij di China
Anugerah 37th China Film Golden Rooster Awards ini merupakan anugerah filem paling berprestij di China.
Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam China selain menghormati kedua-dua filem domestik dan antarabangsa.
Anugerah ini berlangsung di Xiamen, Wilayah Fujian, China.
Difahamkan terdapat sebanyak 251 filem China telah diserahkan untuk bertanding dalam pelbagai kategori.
Filem aksi sukan, Gold terbitan Astro Shaw ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Filem Gold kini boleh ditonton di Astro First
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy. -Gempak
#Astro Shaw #Gold #Most Anticipated Chinese Language Film #Golden Rooster Film Awards
;