Filem 'Cloud Atlas' mendapat tempat di China

Astro Awani
Januari 24, 2013 13:43 MYT
Filem ‘Cloud Atlas’ menjadi filem antarabangsa pertama menjayakan tayangan perdana di China untuk tahun 2013.
China adalah pasaran kedua terbesar bagi kutipan filem selepas Amerika Syarikat.
Tom Tykwer bergandingan dengan adik beradik, Lana dan Andy Wachowski untuk mengarah dan menulis lakon layar filem ini.
Tyker sebelum ini pernah mengarahkan filem "Run Lola Run".
Wachowski menyatakan peminat filem arahannya sebelum ini seperti siri ‘The Matrix’ dan ‘Speed Racer’.
Pasti akan menggemari ‘Cloud Atlas’ yang disifatkan karya terbaiknya setakat ini.
Kutipan menerusi tayangan filem di China meningkat sebanyak 30 peratus kepada US$2.7 bilion dollar (RM8.21 bilion) berbanding tahun lepas.
#Andy Wachowski #China #Cloud Atlas #Lana #Tom Tykwer
;