Filem 'Black Widow' ditayang bermula Julai
Astro Awani
Mac 23, 2021 07:19 MYT
Mac 23, 2021 07:19 MYT
"Black Widow" yang sepatutnya ditayang 7 Mei depan, ditunda tayangan ke 9 Julai. -Twitter/Marvel
THE Walt Disney Company menjadualkan semula tayangan filem terbitannya dengan menunda beberapa filem hit termasuk "Black Widow".
"Black Widow" yang sepatutnya ditayang 7 Mei depan, ditunda tayangan ke 9 Julai.
Ini merupakan penangguhan kedua selepas tarikh tayangan asal pada Mei 2020.
Malah tayangan perdana filem tersebut juga bakal disiarkan menerusi laman penstriman Disney+ dengan bayaran awal AS$30.
Penjadualan semula ini diharap dapat memberi sinar baharu buat syarikat pawagam yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, antara filem lain yang dijadualkan semula tayangan termasuk prekuel kepada filem "101 Dalmations", "Cruella".
#Hollywood
#Disney
#Black Widow
#cruella
#tayangan ditangguh
#industri pawagam terkesan
#pandemik
#COVID-19
#filem
#AS
#Marvel