Filem 'Birdman', 'The Grand Budapest Hotel' kuasai pencalonan Oscar ke-87

Astro Awani
Februari 15, 2015 15:10 MYT
Filem 'Birdman' dan 'The Grand Budapest Hotel' mendahului senarai pencalonan akhir Oscar ke-87 dengan sembilan pencalonan.
FILEM 'Birdman' dan 'The Grand Budapest Hotel' mendahului senarai pencalonan akhir Anugerah Akademi ke-87 dengan masing-masing memperoleh sembilan pencalonan.
Filem 'The Imitation Game' mengekori rapat dengan lapan pencalonan.
'Birdman' yang menang Filem Terbaik di Anugerah Golden Globe Januari lalu, mengisahkan seorang aktor bernama Riggan Thomson (lakonan Michael Keaton) yang terkenal dengan lakonannya sebagai ikon adiwira yang terpaksa mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan lebih baik buat keluarga, kerjaya dan dirinya.
CALON-CALON PELAKON LELAKI DAN WANITA TERBAIK OSCAR 87
Manakala filem bergenre komedi, 'The Grand Budapest Hotel' yang berlatarbelakangkan zaman di antara perang dunia pertama dan kedua ini berkisar tentang persahabatan dua pekerja hotel.
Senarai penuh pencalonan Oscar telah diumumkan pada 15 Januari lalu di Beverly Hills, Los Angeles.
Anugerah gilang-gemilang ini akan bersiaran secara langsung di saluran HBO, 23 Februari jam 8 pagi.
Berikut ialah senarai pencalonan bagi kategori utama:
Filem Terbaik
Senarai 8 pencalonan kategori filem terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Filem Animasi Terbaik
Sinematografi Terbaik
Rekaan Kostum Terbaik
Dokumentari Terbaik
Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
Suntingan Terbaik
Filem Bahasa Asing Terbaik
Solekan dan Tata Rambut Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Lagu Terbaik
Rekaan Produksi Terbaik
Filem Pendek Animasi Terbaik
Filem Pendek Aksi Terbaik
Suntingan Bunyi Terbaik
Adunan Bunyi Terbaik
Kesan Khas Terbaik
Lakonlayar Adaptasi Terbaik
Lakonlayar Asal Terbaik
#Anugerah Oscar #Birdman #boyhood #Oscars #The Grand Budapest Hotel
;