Filem animasi Ugly Dolls bawa satu mesej unik untuk anda

Asyraf Roslan
April 29, 2019 11:43 MYT
Filem ini akan mula ditayangkan pada 3 Mei ini - Gambar Twitter/@Humboldtplaza3
ADAKAH hanya sesuatu yang sempurna akan mendapat tempat di dalam dunia ini?
Bagaimana pula jika anda merupakan seorang yang tidak sempurna dan mempunyai keunikan tersendiri.
Untuk itu, filem animasi terbaharu Ugly Dolls tampil dengan membawa mesej "unik" ini dalam usaha membuatkan anda merasa istimewa.
Animasi bergenre muzikal ini dan diarahkan oleh Kelly Asbury yang pernah mengarahkan filem animasi Smurfs: The Lost Village.
Antara selebriti yang menyumbangkan suara dalam filem animasi ini ialah Kelly Clarkson, Nick Jonas, Pitbull, Janelle Monae dan Blake Shelton.
Filem terbitan Reel FX Creative Studios juga turut menampilkan Bebe Rexha, Charli XCX dan Lizzo.
Untuk runut bunyi filem ini pula ia ditulis oleh Christopher Lennertz.
Filem ini akan mula ditayangkan pada 3 Mei ini.
#Akan Datang #animasi #filem #Kelly Clarkson #muzikal #Nick Jonas #Pittbull #Ugly Dolls
;