Filem adaptasi The Lord of the Rings 'hilang' 30 tahun lalu dimuatnaik di YouTube

Astro Awani
April 5, 2021 07:02 MYT
Setakat ini, filem yang dimuat naik ke YouTube itu telah mendapat lebih 500,000 tontonan.
: FILEM adaptasi daripada buku The Lord of the Rings yang dilaporkan 'hilang' sejak 30 tahun lalu, lapor sebuah stesen televisyen di Rusia.
Filem era Soviet itu kini dimuat naik di laman sosial YouTube.
Berdasarkan adaptasi buku pertama, filem itu bertajuk "Khraniteli", bermaksud penjaga dan ditayangkan hanya sekali di televisyen, memetik laporan portal berita Newsweek.
Ia difilemkan di Studio Televisyen Leninghard 30 tahun lalu dan selepas itu ia tidak lagi ditayangkan di televisyen dan 'hilang' tanpa jejak.
Menurut The Russian Fantasy and laman web World of Fantasy, filem itu disenarai sebagai adaptasi Tolkien yang hilang sejak beberapa tahun lalu.
Peminat filem itu juga cuba mencari versi tahun 1991 itu sebelum ini.
"Khraniteli" turut dibintangi Viktor Kostetsky, Georgy Shtil, dan Valery Dyachenko.
Setakat ini, filem yang dimuat naik ke YouTube itu telah mendapat lebih 500,000 tontonan.
#YouTube #hilang #laman sosial #filem #Lord Of The Ring
;