'Fikry suka tegur cara saya berpakaian' - Uqasha Senrose

Gempak
Julai 10, 2017 12:37 MYT
Menurut Uqasha, dia tidak berkecil hati jauh sekali untuk berasa tersinggung dan menganggap itu adalah teguran yang baik. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Uqasha Senrose akui pasangannya dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fikry Ibrahim sering menegur gaya pemakaiannya.
Bagaimanapun, menurut Uqasha dia tidak berkecil hati jauh sekali untuk berasa tersinggung dan menganggap itu adalah teguran yang baik.
"Saya dan Fikry biasa saja lagipun kalau nak tahu kami berdua sering bergaduh di set penggambaran.
"Dia gemar mengusik dan cari gaduh dengan saya lagi-lagi bila menegur tentang cara saya berpakaian sampai kami semua panggil dia 'ustaz'.
"Saya akui dia memang seorang yang lantang tapi saya tak berkecil hati sebab saya tahu niat dia baik," katanya.
Uqasha ditemui ketika majlis sambutan hari jadinya yang ke-25 di Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu.
Dalam pada itu bercerita mengenai sambutan hari jadinya, Uqasha berkata dia kini sudah mula memikirkan soal jodoh.
"Saya dah masuk 25 tahun dan rasanya ini masa yang sesuai untuk memikirkan hal berkenaan.
"Doakan yang baik-baik dan harap soal jodoh ini dipermudahkan," ujarnya. Teks oleh: Mya Amri/Astro Gempak
#Fikry Ibrahim #Hero Seorang Cinderella #Uqasha Senrose
;