FFM30 gemilang, namun Sharifah Amani enggan hadir kerana...

Asyraf Roslan
Mac 30, 2019 07:16 MYT
Sharifah Amani membuat keputusan itu kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup. -Gambar Instagram @sharifah_amani
KURANG beberapa jam sebelum Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), pelakon Sharifah Amani menyatakan hasratnya untuk tidak hadir pada majlis anugerah berprestij itu.
Pelakon yang popular menerusi filem "Sepet" itu memuat naik status itu di akaun Twitternya pada Jumaat.
Menurutnya, beliau membuat keputusan tersebut kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup.
"Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka," katanya menerusi Twitter.

Couldnt bring myself to attend FFM this year. Couldnt convince myself to get all fake glammed up and celebrate when most practitioners in our industry cant pay their bills, feed their family or make ends meet.

— Sharifah Amani (@sharifahamani) March 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, dalam catatan lain di Twitter, beliau menyeru agar semua rakan artis yang bakal hadir menggunakan platform itu untuk mendidik dan memberitahu kepada masyarakat mengenai isu yang dihadapi penggiat seni tanah air.

For those of you that are going to FFM nanti please use the platform to educate and tell people about the issues that we are facing everyday. We are nothing if we dont stick together and stand up for each other.

— Sharifah Amani (@sharifahamani) March 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33, berkata beliau berharap semua artis dapat bersatu hati dalam mengetengahkan isu yang berlaku dalam industri kepada umum.
FFM30 dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam ini.
Anugerah berprestij itu bakal memperlihatkan persaingan 42 filem berentap menerusi 24 kategori yang dipertandingkan.
Antara filem yang bakal bersaing ialah "Polis Evo 2", "Tangisan Akinabalu", "Paskal", "Pinjamkan Hatiku", "Tombiruo", "One Two Jaga" dan "Langsuir."
#Festival Filem Malaysia ke 30 #FFM30 #filem #Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya #Sepet #Sharifah Amani