FFM25 raikan bintang lama dan baru

Astro Awani
Mac 3, 2013 07:29 MYT
Kewujudan kategori Pelakon Harapan dan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM) berikan peluang buat pelakon baru dan lama.
Kategori Pelakon Harapan Wanita berjaya disandang oleh Jojo Goh dengan kemunculan sulungnya menerusi filem melayu berjudul “29 Februari”.
Antara pelakon wanita yang turut bertanding bagi kategori sama ialah Neelofa, Mon Ryanti, Farah Nazirah dan Shima Anuar.
Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Harapan berjaya dimenangi Izzue Islam menerusi filem yang sama.
Selain pelakon baru, FFM ke-25 turut mengurniakan anugerah khas bagi menghargai sumbangan penggiat seni veteran.
Seniwati Mariana Ismail terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Sepanjang Hayat bagi kategori wanita manakala bagi kategori lelaki, ianya disandang Datuk Aziz Satar.
FFM ke-25 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Erra Fazira.
#29 februari #FFM #Izzue Islam #Jojo Goh #PICC
;