FFM25 akan dianjurkan pada bulan Februari
Astro Awani
Disember 27, 2012 16:05 MYT
Disember 27, 2012 16:05 MYT
Teka-teki tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25 kini berakhir.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Md. Afendi Hamdan mengumumkan FFM25 bakal berlangsung pada Februari depan.
Menurut Afendi melalui laman portal MStar persiapan Festival Filem terbesar Malaysia itu telah dimulakan.
Sebanyak 70 filem sedang diadili antaranya "Bunohan", "Mael Lambong" dan "8 Jam".
Namun tarikh sebenar tidak dimaklumkan cuma bayangan festival itu akan dianjurkan pada awal atau penghujung Februari.
Sementara itu, Afendi menafikan pihak FINAS bersikap lepas tangan dalam pengurusan FFM25.
Sebelum ini menerusi portal MStar, Pengerusi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latiff Rosli akui kesal dengan sikap FINAS.
Kontroversi Festival Filem Malaysia ke 25 bermula apabila FINAS menangguhkan tarikh penganjuran yang sepatutnya berlangsung pada November sebelum ditunda ke 30 Disember lalu.