Festival Filem Thailand rai jalinan diplomatik Malaysia-Thailand

Astro Awani
April 10, 2017 11:08 MYT
Sepanjang penganjuran festival ini, peminat turut berpeluang menonton filem hebat Thai secara percuma. - Gambar fail
Buat julung kalinya, Festival Filem Thailand akan diadakan di Malaysia pada 20 hingga 26 April ini.
Ini merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke 60 jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand.
Antara filem yang bertanding di festival ini termasuk A Gift, One Day, Take Me Home, Mr Hurt dan The Crown akan ditayangkan kepada umum di GSC Pavilion, GSC One Utama dan GSC Mid Valley mulai 11 April.
Festival akan dirasmikan Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan.
Sepanjang penganjuran festival ini, peminat turut berpeluang menonton filem hebat Thai secara percuma.
Peminat hanya perlu menunjukkan gambar atau cetakan mana-mana artikel berkaitan Festival Filem Thai yang disiarkan di laman web GSC atau Facebook atau artikel dalam talian lain untuk menebus dua tiket percuma.
#Diplomatik #Festival Filem Thailand #Malaysia