Fenomena BTS, hampir sejuta pelancong melawat Korea!

Faris Danial Razi
Jun 10, 2019 07:52 MYT
BTS bukan sahaja memberi pulangan kepada sektor pelancongan dan jualan barangan cenderamata K-pop, malah makanan dan minuman Korea juga dijadikan fenomena bagi seluruh dunia - Gambar Twitter @soompi
UMPAMA tiada penghujung, kumpulan K-pop termasyhur dunia BTS sekali lagi mencatat rekod dalam pertumbuhan ekonomi Korea.
Menurut portal, Seoul Broadcasting System (SBS), ‘band boy’ popular itu berjaya meraih pulangan lebih daripada 5 trilion won (RM19.1 bilion) setiap tahun.
Sehingga hari ini, lebih 800,000 pelancong ke negara itu yang merupakan BTS Army mengadakan lawatan ke Korea kerana pengaruh daripada BTS sendiri.
Menurut rekod, BTS yang telah mengadakan persembahan ‘Super Concert’ di Gwangju pada tahun lalu, berjaya menarik perhatian lebih 10,000 peminat antarabangsa kumpulan itu yang sekali gus memberi impak kepada aktiviti pelancongan di negara berkenaan.
BACA: Peminat teruja Halsey buat kemunculan istimewa pada konsert jelajah BTS
Antara tempat menarik yang dikunjungi oleh BTS termasuk restoran yang gemar mereka kunjungi kini menjadi destinasi pelancongan popular dan berjaya meraih keuntungan lebih sepuluh kali ganda!
Populariti mereka bukan sekadar memberi pulangan kepada sektor pelancongan, malah kepada industri makanan di Korea juga.
Menurut jurucakap Hyundai Research Institute, Oh Joon Bum, BTS memang tiada tolok bandingan.
“Apa yang BTS minum, pastinya akan diminum oleh peminat kumpulan itu sendiri ..." kata Joon Bum.
Budaya ini juga turut memberi impak kepada negara luar, contohnya sebuah kedai barangan Korea di London yang kini sudah berjaya membuka sejumlah tujuh cawangan sejak ia mula beroperasi pada 2011.
Antara makanan yang menjadi tumpuan di kedai tersebut ialah “naengmyun” (mee Korea), “jjajangmyun” (mee kacang hitam) dan “ddukbokki” (biskut beras pedas).
BACA: Ingin jadi 'pengurus' di BTS World? Ini enam perkara yang perlu anda tahu sebelum berangan-angan
Terbaharu, septet ini bakal tampil dengan permainan video ‘BTS World’ dan ARMY (kumpulan peminat BTS) kini boleh menjadi ‘pengurus’ mereka pula dan ia boleh mula dimuat turun pada 26 Jun.
#BTS #BTS ARMY #BTS World #ekonomi #Hyundai Research Institute #K-pop #Korea #Korea Selatan #Kpop #pelancong #pelancongan