Felixia Yeap tidak sabar jalani ibadah puasa buat kali pertama

Astro Awani
Jun 29, 2014 11:13 MYT
Dijangka hashtag #param atau pasar Ramadan akan mula trending di media sosial seperti tahun-tahun lepas - Gambar Fail
Personaliti media sosial Felixia Yeap teruja menjalani puasa pada kali pertama tahun ini dan berharap dapat melakukannya dengan baik.
Felixia atau lebih dikenali dengan gelaran ‘amoi berhijab’ menulis rasa tidak sabarnya itu di akaun Twitter dan Facebooknya.
Felixia sebelum ini sering diperkatakan orang ramai mengenai keputusannya untuk bertudung walaupun belum lagi memeluk agama Islam.
Namun, Felixia dijangka akan memeluk agama Islam secara rasmi pada 5 Ramadan depan sempena ulangtahunnya yang jatuh pada 3 Julai depan.

Satu hari lagi! First Ramadhan of my life ever. Harap2 gastrik tak menyerang...huhuhu... Awak semua dah ready... http://t.co/1ZlhKLTUhq

— Felixia Yeap (@FelixiaYeap) June 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah ke tiga Rukun Islam itu pada Ahad ini.
Di media sosial, trending ucapan salam Ramadan oleh orang ramai dan berazam mahu menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
Tidak kurang juga ada yang mahu mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk menguruskan badan.
Namun bagi mereka yang tinggal jauh dari keluarga, hari pertama berpuasa mungkin tidak semeriah yang lain kerana tidak berpeluang berbuka bersama keluarga.

Esok dh start puasa ke ? Sahaja aku puasa sebulan tak nak makan sebab nk kurus kn badan .

— A L A N G (@MukrimAziz) July 9, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

esok puasa harap aku tk lupa haha

— Fazliana (@NfazlianaAzhar) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Esok nak sambung puasa sampai lah bulan Ramadhan. Lepas Raya, sambung lagi puasa. Seronok nya. Bukan boleh buat ibadah je, boleh kurus kot.

— GermanBrazil❤ (@FafaaGjes) June 16, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kunci jam amiera esok nak bangun sahur k biasa mama yg selalu kejutkan. Pertama kali puasa jauh dari family oh tak percaya #homesick #lol

— Amiera Amir (@_amieramir) July 9, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Esok puasa ek? Banting berbuka pukul berapa? Apartment ni tv xde..azan pun xdengar..sadiss nyee laa bulan puasa tahun ni ..family jauh :'(

— ♕ Izzaaahhh ♕ (@CikKittyCyg) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Now at home. Teruja pulak iolls nak puasa kat rumah esok :)

— Shafiq leo Kamarudin (@leois_fiq) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yesss esok dah mula puasa...jom gie terawih ramai2 suka time nie rase tenang sangat..lakukan ibadah dengan ikhlas ye pada bulan yg mulia ini

— ♥♥My love♬♪ (@akmalove13) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

aku sungguh tidak sabar menanti esok hari dan memulai puasa di bulan suci ramadan. barakalla~

— ғιғι (@fififly3424) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malam ni Terawih Esok Puasa #SalamRamadhan

— Nizam (@arfnzm) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Esok dah puasa dah. Jaga hati, jaga iman, jaga mulut, jaga mata dan jaga segala galanya. Selamat berpuasa

— paramore (@nrshrfh_) June 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

InshaAllah, kalau Ahad puasa, terawih esok malam. Moga Ramadhan ni lebih baik dari yang sebelumnya. Keep doa. Allahumma balighna Ramadhan.

— ايفا عملينا قمروزن (@EffaAmalynna) June 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

yeayy esok dah boleh start terawih uollsss. azam puasa tahun ni nak perbanyakkan amal ibadat. kalau boleh nak puasa penuh...in sha Allah

— Siti Amirah (@missmierali) July 8, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KanBestKalau puasa esok?Sahur sama2 ngan family, berbuka puasa sama2 ngn family,terawih sama2 ngn family.Tapi 2 lmbt lg.Aku jauh ngn mrk :(

— ieyka Adi (@IeykaAdy) July 8, 2012
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walau bagaimanapun, setiap kali tibanya waktu Ramadan pastinya acara yang paling ditunggu adalah waktu berbuka puasa dan bersahur.
Dijangka hashtag #param atau Pasar Ramadan akan mula trending di media sosial seperti tahun-tahun lepas.
Namun apa yang pasti, semua mengharapkan agar Ramadan kali ini membawa lebih makna kepada semua.
Untuk mendapatkan cerita tentang bulan Ramadan, anda boleh menggunakan hashtag #JendelaRamadan dan #KosongKosong.
##RamadanAwani #puasa #Ramadan #reaksi media sosial #terawih
;