Fazura manis berhijab, itulah doa Fattah Amin untuk isteri

Mingguan Wanita
Julai 24, 2021 11:08 MYT
Fazura berharap agar keputusan yang diambilnya itu tidak disensasikan. - Foto Instagram/@missfazura
PELAKON Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab.
Penampilan terbarunya itu juga mengundang rasa bahagia di hati suaminya, pelakon Fattah Amin.
“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” kongsi Fattah dalam majlis pelancaran single ketuhanan terbarunya berjudul Hamba.
Dalam single tersebut, Fattah berkolaborasi bersama kompser Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmo Kmo.
Sebelum ini Fazura pernah kongsi beberapa foto di akaun Instagram miliknya yang memaparkan penampilannya bertudung.
Tentunya hal ini mengundang rasa bahagia sama dalam kalangan peminatnya.
Bagaimana pun, Fazura berharap agar keputusan yang diambilnya itu tidak disensasikan.
Baginya urusan ibadah, hijab mahupun hijrah seseorang adalah antara diri seseorang itu dengan Tuhannya.
Kongsinya, “Ibadah, hijab, hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. #penat”
Tentunya ramai peminatnya yang mendoakan agar urusan Fazura dipermudahkanNya.
Mereka turut memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk pelakon kesayangan mereka dan Fazura terus kekal positif dengan ujiannya.
“Alhamdulillah. Thank you everyone for your duas and positively always. Love you lots! Sebab happy, hari ini Faz pakai my color of gratitude. Bunga ros warna pink.”
Mingguan Wanita: Fazura semakin manis berhijab. Semoga perjalanan ibu kepada Fatima ini dipermudahkanNya dan terus cekal untuk hari-hari mendatang.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Mingguan Wanita
#Fazura #Fattah Amin #hijab
;