Fazley lancar album dan buku masakan April ini
Astro Awani
Februari 16, 2013 10:09 MYT
Februari 16, 2013 10:09 MYT
Fazley bakal melancarkan album terbarunya pada April ini.
Bukan itu saja, dia juga sibuk dengan program televisyen dan penghasilan buku masakan.
Selepas empat tahun tidak muncul dengan sebarang produk, album barunya diberi tajuk "Lima".
"Lima" memuatkan lapan lagu termasuk single pertama bertajuk "Maaf Ku Mencintaimu".
Antara komposer yang terlibat termasuk Ajai, Cat Farish dan Damian VE.
Juara "Master Chef Selebriti Malaysia" ini juga bakal tampil dengan program masakan "Dumex Chef Cilik Musim Kedua" dan buku masakannya, "Dari Padang ke Rembau".
"Dumex Chef Cilik" bakal ke udara di Astro Ria bermula 20 Februari ini.