Fauzi Ayob tanggung tugas Ketua Pengarah FINAS
Bernama
November 16, 2016 22:34 MYT
November 16, 2016 22:34 MYT
Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Komunikasi) Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) Datuk Fauzi Ayob dipertanggungjawabkan menanggung jawatan Ketua Pengarah agensi berkenaan berkuat kuasa 14 Nov lalu.
FINAS dalam satu kenyataan hari ini menyatakan Fauzi ditugaskan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menanggung tugas berkenaan sehingga pengisian jawatan itu diisi secara hakiki.
Ketua Pengarah terdahulu, Datuk Kamil Othman, mengakhiri tugasnya pada 9 Nov lalu setelah menyandang jawatan itu sejak 2014 bagi mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Raja Rozaimi Dalnish Shah yang bersara. -- Bernama