Fattah curang, abai nafkah punca utama perceraian berlaku - Fazura

Faida Rahim
Oktober 7, 2024 11:30 MYT
Fazura mendedahkan, perceraian yang berlaku antara dia dan Fattah disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM: Aktres terkenal Nur Fazura Shariffuddin mendedahkan, perceraian yang berlaku antara dia dan Fattah Amin disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya.
Dalam masa sama, dakwa Fazura, 41, nafkah yang sepatutnya disalurkan Fattah, 33, ke atas dia dan anak perempuan tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, 4, juga diabaikan sejak sekian lama.
Faktor ketiga mendorong pelakon popular itu meminta dilepaskan adalah kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka sepanjang perkahwinan.
“Fattah telah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima setelah sekian lama.
“Kedua, kami tidak sefahaman lagi, saya dah lama tak bahagia, emosi saya terganggu, mental saya tertekan, tapi saya tetap bertahan dan telan apa saja walapun pelbagai tohmahan, fitnah dan cacian dilemparkan kepada saya.
“Dan saya berharap seorang sosok suami itu akan ke depan untuk mempertahankan saya tapi langsung tak ada.
“Ketiga, yang saya tak boleh terima lagi ialah Fattah berlaku curang terhadap saya. Saya ada bukti. Dalam dua tahun saya tak bahagia, saya tak percaya dengan penceraian jadi saya diam, umum tahu saya sayangkan Fattah macam mana sebelum ini,” kata Fazura dalam sidang media sejurus selepas dia dan Fattah sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Besari, di sini, hari ini.
Pengabaian nafkah, ketidaksefahaman dan berlaku curang punca cerai
Kecurangan tersebut dihidu sejak Ogos lalu.. - Fazura
Dua bulan sudah tidak sebumbung.. - Fazura
#Fattah Amin curang #Fazura bercerai #abai nafkah #Fattah Fazura bercerai
;