Fattah Amin, Fazura memadu asmara di Eropah
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 21, 2017 12:50 MYT
Disember 21, 2017 12:50 MYT
Cerita pasangan serasi yang mendirikan rumah tangga dalam satu acara tertutup nampaknya masih belum reda di kalangan peminat mereka.
Gerak-geri pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun masih diikuti ramai oleh peminat dan pengikut mereka terutamanya di laman media sosial.
Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah.
Selepas Fazura memuat naik 'story' di Instagramnya, netizen turut mengucapkan selamat jalan buat pasangan tersebut menikmati musim-musim bahagia mereka.
BACA:
Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.
Mereka mendirikan rumah tangga beberapa hari selepas mengumumkan talian pertunangan mereka setelah mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.