Fatimah Az-Zahra, panggilan sementara anak Siti Nurhaliza

Syafik Shukri Jalil
Mac 19, 2018 13:43 MYT
Asyraf turut mengesahkan nama tersebut akan digunakan sementara nama rasminya diumumkan kelak. - Foto Instagram @ctdk
Fatimah Az-Zahra ... nama yang cukup cantik dan indah bagi maksudnya.
Itulah nama timangan sementara yang diberikan kepada cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39 tahun dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59 tahun.
Perkara itu disahkan oleh anak Datuk Seri Khalid sendiri, Asyraf Khalid ketika ditemui oleh Astro AWANI di sini sebentar tadi.
"Nama Fatimah Az-Zahra akan digunakan untuk minggu pertama ini sahaja," jawabnya ringkas.
Asyraf turut mengesahkan nama tersebut akan digunakan sementara nama rasminya diumumkan kelak.
Siti Nurhaliza selamat melahirkan puteri sulungnya di sebuah hospital swasta di ibu negara sekitar 8.17 pagi tadi.
#anak #Asyraf Khalid #Fatimah Az Zahra #Gleneagles Hospital #karier #khalid mohd jiwa #penghibur #selebriti #Siti Nurhaliza
;