'Fateh lahir kecil je, 2.8 kg' - Liza Hanim dedah wajah anak kelima
Gempak
Mac 10, 2019 08:00 MYT
Mac 10, 2019 08:00 MYT
BUAT pertama kalinya, bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.
Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan.
“Assalamualaikum dunia.... perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya di akaun Instagram.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah... Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa... Semoga membesar dengan sihat... Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.